Monday 11 May 2009

Doktor Jihad "As-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi"

Assalamualaikum,
Menjadi seorang Islam sejak dari lahir bukanlah menjamin seseorang itu mempunyai tahap keimanan paling tinggi. Kadang kala lahir sahaja Islam, tetapi ilmu asas tentang Islam pun tak tahu. Dulu tak tertanya2 pun nak tahu siapa figura Islam yang terkenal. Abah dan mama ade la cerita kisah2 Nabi, biasala jugak dengak ustazah kat sekolah bercerita pasal Imam Shafie, Imam Ahmad, Imam Ghazali etc, cikgu sejarah pulak bercerita tentang figura hebat dalam sains, matematik dan pelayaran Islam contohnya Ibnu Khaldun, Ibnu Battutah, Ibnu Sinna....Tapi yang sedihnye dulu hanya tahu dan menghafal sekadar untuk ambil exams...Dapat markah cemerlang pun sebenarnye tak guna sebab tak diaplikasikan dan tak tahupun significantnye....

Hurmm...camtu la gayanya "pendidikan kat Malaysia"..takde penerapan kecintaan terhadap ilmu Islam secara mendalam, hanya belajar sekadar nak lepas exam...Nak salahkan cikgu??Hurm, diorang pun dah cukup letih dah..Bukan je jadi cikgu diorg pon terpaksa jadi secretary...macam2 paper workla yang kene buat...tak paham eden dibuatnye...dah banyak membebel ni...Jom masuk topik cerita..

Harini saye bace buku karangan saudara Riduan Mohamad Nor dan Zainuddin Hashim bertajuk "Tokoh-tokoh Islam Abad Moden"

Tokoh Pejuang Islam dalam chapter pertama buku ni adalah As-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi. Dulu adik saye pernah cerita pasal figura hebat Islam ni. Tapi saye ta ambek pot sangat sebab rase macam takde kene mengena sangat dalam hidup. Hanya sekadar kagum pastu takde rase pape dah. Bila berada di bumi UK ini walaupun Islam bukanlah agama rasminya tetapi saye lebih mengenal dan mencintai ISLAM di bumi yang sejuk ini. Kalau lah saye di Malaysia mungkin saye masih menjadi seorang yang ignorant. Mane taknye isu Palestin pun pelajar2 kat Malaysia amnya tak ambil tahu tak diberitahu dan takyah tahu. Bila konsep Jihad tu ta diterapkan maka semua orang pun nak dunia je la. So, kalau kita boleh ambil tahu asal biodata dan lirik lagu2 "Beyonce, Rihanna, Susan Boyle British Got Talent, Dato' Shah Rukh Khan, Abby Abadi" etc etc...jom kite berkenalan dengan As-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi.

Biodata :
  • Nama sebenar Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz ar-Rantisi
  • D.O.B. 23 Oktober 1947
  • Keluarganya berhijrah ke Ghazza semasa peperangan sekitar tahun 1948
  • Kedhaifan hidup di Kem Pelarian di Khan Yunus "kais pagi makan pagi..pastu sambung sendiri" tidak mengahalang beliau menjadi pelajar cemerlang .....
    "so adik2 dan kawan2 sebenarnye takde halangan sesusah mana pun hidup kita, ilmu tu mesti dicari"..kenapa? Jom kite tgk lagi kisah As-Syahid
  • Masyaallah "Beliau melanjutkan pelajaran di Univerisiti Iskandariah dalam bidang perubatan" (time ni Mesir adela sikit simpati..bukan cam skrg ni)
  • Nak hidup senang? Nak hidp mewah? By all means he could do that easily at that time!! Takde sape pun nak halang? Tapi.......
  • Di Mesir bukan sekadar ilmu perubatan tapi beliau telah mendapat pendedahan secara langsung gerakan Ihwanul Muslimin
  • Beliau balik bekerja di Ghazza, Hospital Nasir (kawan2 nanti ingat balik Malaysia ok, kalau bukan kite tolong rakyat kite sape lagi? Nak harap orang lain ke?Orang Jepun, Orang Putih mestila bantu rakyat diorg kan)
  • Abdul Aziz Rantisi faham bahawa Islam adalah jawapan kepada segala permasalahan di dunia bukanla idea Sekularisme or Arabisme etc2
  • Bersama2 As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, pada tahun 1987 Gerakan Hamas ditubuhkan. Mereka menyeru kepada perjuangan berasaskan Al-Quran dan Sunnah dan menyeru rakyat Palestin untuk menentang Rejim Israel.
Penahanan:
  • Korang mesti pernah dengar kan Intifadha. Ape ek??? Intifadah Pertama ni berlaku bile sebuah lori besar milik pendatang Yahudi sengaja melanggar 2 buah lori kecil milik rakyat Palestin (4 orang Islam terbunuh, 9 lain tercedera)
  • Api perjuangan membara. Sunnah orang berjuan bukanlah mudah. Dipenjarakan adalah perkara biasa bagi As-Syahid. Tetapi semangatnya tak luntur. Dalam dipenjarakan beliau berjaya menhabiskan hafazan 30 juzuk Al-Quran (malunya, surah2 lazim pun tak habis hafal lagi ni)..
  • Beliau pernah juga dibuang daerah ke pergunungan yang sejuk hanya diberikan khemah tanpa alat pemanas "Fikirkanlah, kenapa agaknya seorang doktor yang mampu hidup mewah memilih jalan yang sukar ni..."..Jauhnya lagi kita dari semangat beliau..
Kesyahidan:
  • As-syahid Syeikh Ahmad Yassin gugur syahih pada subuh yang hening 22 Mac 2004 setelah ditembak dari Helikopter Apache. "Ingat lagi mase tu adik Aim tunjuk sebuah buku yang melakarkan sejarah hidup dan saat2 kesyahidan Syeikh Ahmad Yassin...Memang air mata tak berenti mengalir melihatkan betapa besarnya pengorbanan beliau. Beliau hanyalah berkerusi roda, buta malah tidak memiliki susuk tubuh badan yang gagah tetapi digeruni musuh".
  • Kesyahidan Syeikh Ahmad Yassin menjadi aspirasi buat Dr. Abdul Aziz Rantisi meneraui bahtera HAMAS.
  • Jasa mereka dengan izin Allahlah yang menjadikan HAMAS memiliki kekuatan seperti yang kita saksikan hari ini.
  • 17 April 2004 tak lama selepas pemergian As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, Allah telah menakdirkan Rantisi pulang menghadapnya dalam keadaan yang amat mulia juga.

Ingat lagi masa tu kat TV3 bile kejadian Syekh Ahmad Yassin ditembak, Dr. Abdul Azizi Rantisi cakap "semua kita akan mati, tapi aku memilih ingin mati dalam keadaan yang mulia iaitu SYAHID"...

"Ya Allah, jadikanlah kami juga tergolong dalam pejuang agamaMu dalam keadaan dan kemampuan kami tersendiri"
Ameen.

1 comment:

  1. The entry before bunyik cam cintakan dunia je..heheh..Contradict but I wanna balance duniawi and ukhrawi..huhu..justify2!

    ReplyDelete